Skrip copywriting untuk restoran
Jadi di sini, saya nak kongsikan pada anda 7 tips penting hasilkan copywriting yang mampu menarik pembaca untuk datang ke kedai anda (kedai ya, bukan sekadar restoran)
.
.
.
1. GUNA BAHASA SETEMPAT
Oleh sebab restoran client saya terletak di Ipoh, maka teman guna bahasa Perak le yop. Biar pembaca rasa dekat dengan deme.
.
2. BIAR MEREKA JELAS LOKASI KEDAI
Kita mahu sewaktu mereka baca copywriting tu, mereka dapat bayangkan di mana sebenarnya kedai itu berada. Jadi, penting untuk anda sebut mercu tanda berhampiran kedai anda, agar pembaca dapat imagine lokasi kedai anda. Contoh, lokasi kedai kami yang sederet dengan Istana Sultan Melaka (contoh)
.
3. FOKUS SATU PRODUK JER
Tau kedai or restoran korang ada banyak menu. Tapi dalam iklan, just sebut dan tekankan 1 menu je, yang kaw-kaw dan special. Tengok iklan KFC sekarang, mereka fokus pada menu Chizza je. Iklan McD pula pada ayam goreng mereka. Apa kat restoran mereka tak ada menu lain ka?
.
4. TEKANKAN EMOSI KELAZATAN
Ini pun hal yang amat penting tapi ramai yang tak buat. Waktu tulis, bayangkan kita rasai, nikmati keenakan makanan. Daripada bau, setiap gigitan, kelembutannya, kemanisan airnya yang membuatkan kita terbang di awangan. Ha, boleh?
.
5. PENDEK & PADAT
Untuk copywriting yang nak mengajak orang ke kedai, tak perlu tulis panjang. Cukup point di atas pun ok dah. Kalau panjang, orang hilang keterujaan nak datang.
.
6. CTA YANG VIRAL
Maksudnya, CTA yang mampu buat orang terkomen dan tag orang lain. Seterusnya membuatkan post itu berkembang dengan lebih cepat. Contoh CTA nya; 'tag pasangan anda. Mana tau mereka nak payung anda malam ni.'
.
7. GAMBAR YANG MELELEH
Gambar amat penting dalam hal ini. Kalau restoran, letak gambar yang cukup meleleh. Guna gambar tunggal pun boleh. Kalau nak letak banyak gambar, pastikan perbagai. Letak juga gambar restoran, orang yang tengah melahap, peta lokasi kedai.
.
.
Anda belajar sesuatu?
Jika ya, boleh tak tolong komen 'payung'
.
TQ and syukran 😁
HA
Copywriter & Storyteller
___
ps : Jangan lupa share juga ya post ni. Mana tau ada owner restoran yang nak payung anda nanti. Heh
Leave a Comment